Copyright © SUKA KITAR SEMULA
Design by Dzignine

SELAMAT DATANG MOGA BERMANFAAT

19 January 2011

PETIKAN AKHBAR - BERITA HARIAN

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

RUJUKAN: BERITA HARIAN 3 JANUARI 2011

PETIKAN AKHBAR - NEW STRAITS TIMES

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

RUJUKAN: NEW STRAITS TIMES 17 JANUARI 2011

PETIKAN AKHBAR - THE STAR

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

RUJUKAN: THE STAR 7 JANUARI 2011

Bahan Yang Dapat Digunakan Semula


Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer. 



Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota.






Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang – barang lebihan yang tidak diperlukan.  





 Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk membungkus barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang mudah pecah. Kertas-kertas terpakai. Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya lagi!




 Pakaian lama. Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kusyen ataupun sarung tangan dapur.






 Tayar. Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman permainan kanak-kanak.







 Kayu-kayu terpakai. Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah atau sangkar burung atau juga boleh digunakan sebagai kayu api.


 

Green Barter Trade

INFO KITAR SEMULA


DEFINISI
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
17 January 2011

MENGAPAKAH PENTINGNYA KITAR SEMULA?

Jika diajukan soalan kepada masyarakat kita pada hari ini tentang apakah itu kitar semula? Pasti ramai yang mampu menjawabnya. Bagi maksud yang lebih tepat, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 

Namun jika ditanya kenapakah pentingnya kitar semula? Kemungkinan pelbagai jawapan yang diterima. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudlah slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse  (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.
Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.

Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat 165 syarikat kitar semula di Malaysia (www.sisa.my). Begitu juga dengan maklumat mengenai pusat pengumpulan bahan kitar semula di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan orang ramai.

SUMBER: Syed Mubashir bin Syed Mohammad

Tuala Wanita Kapas Kitar Semula



Bagi golongan hawa, mereka akan merasa tidak selesa setiap kali 'datang bulan' meskipun ia adalah kelaziman. Malah, ada yang terpaksa membataskan aktiviti seharian mereka berikutan rasa yang tidak selesa kerap mengganggu perjalanan kehidupan mereka seharian. Biarpun terdapat pelbagai produk tuala wanita di pasaran namun ia masih tidak memadai dalam memastikan golongan hawa benar-benar selesa ketika menghadapi saat-saat tersebut. Namun ia tidak lagi menjadi igauan bagi Anja Juliah Abu Bakar apabila beliau berjaya mencipta tuala wanita kain kapas yang boleh di kitar semula serta lebih selesa.

Ciptaan tersebut menjadikan impian wanita untuk melaksanakan apa jua aktiviti harian tanpa rasa terganggu menjadi kenyataan. Menurut Anja Juliah , tuala wanita ciptaan beliau yang diperbuat daripada kapas tersebut adalah tuala wanita yang telah dimodenkan seiring dengan teknologi terkini. "Untuk pengetahuan anda, di negara-negara Eropah, wanita mereka telah lama menggunakan tuala wanita yang boleh di kitar semula. "Ia bukan lagi menjadi suatu pekara yang asing malah produk tersebut kini telah mendapat perhatian yang meluas," ujarnya ketika di temui baru-baru ini.
Jelasnya lagi, tuala wanita tersebut dihasilkan daripada lapisan fabrik kapas 'flannel' yang lembut dengan teras penyerapan yang tinggi. Selain itu, ia juga dijahit secara berlapis-lapis bersama beberapa jenis kain yang mampu menyerap cecair serta bau yang kurang menyenangkan.

Malah salah satu bahan yang turut di gunakan adalah fabrik yang dihasilkan daripada 'bamboo fleece' yang lebih lembut, selesa dan mampu menyerap cecair dengan lebih baik.
Malah, ia juga turut mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan dengan lebih baik berbanding tuala wanita pakai buang. Tuala wanita ciptaan beliau tersebut boleh dibasuh dan dikeringkan setelah digunakan.
Malah ia juga bertindak sebagai alternatif kepada tuala wanita pakai buang dan boleh digunakan untuk suatu tempoh jangka masa yang panjang. Didatangkan dalam pelbagai rekaan, warna dan corak yang menarik, inovasi tersebut berjaya menambat hati pengadil dalam Pertandingan Inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif (MI) 2010 Zon Tengah yang berlangsung pada tahun lalu di Melaka. Ia sekali gus melayakkan Anja Juliah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan tersebut dalam Kategori Wanita dan berjaya membawa pulang hadiahberupa wang tunai sebanyak RM 3,000 serta trofi.
Bagi yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 019-2112593 dan 019-5078327 atau menyetai akaun faceBook beliau di blucotton atau email blucotton@gmail.com.

PETIKAN DARIPADA: UTUSANONLINE
15 January 2011

Skim Galak Kitar Semula - Petikan Akhbar


2010/10/05

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan Skim Pengembalian Deposit (DRS) sebagai insentif untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan alam sekitar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata skim itu mungkin dilaksanakan satu atau dua tahun akan datang, iaitu selepas pelaksanaan sepenuhnya Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, tahun depan.
Beliau berkata, skim itu adalah sebahagian daripada insentif 3R (mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula).
“Buat masa ini kita tidak mewajibkan pelaksanaan skim itu tetapi amat mengalu-alukan penyertaan pihak tertentu dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat mengenai alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kedua Forum Serantau Asia Mengenai 3R di sini, semalam.

Di bawah rancangan DRS, pengguna tidak perlu membayar deposit tetapi sebaliknya hanya memulangkan bekas produk yang digunakan kepada pengusaha atau pengeluar produk itu.

“Sebagai contoh jika pengguna membeli satu barangan botol krim X dan memulangkan semula selepas habis digunakan, mereka akan mendapat sedikit deposit serta boleh mendapatkan krim baru.

“Pihak konsumer tidak perlu membayar wang deposit dan mendapat kembali sedikit jumlah wang untuk botol kosong berkenaan,” katanya.
04 January 2011

Sandal mesra alam




INDIVIDU yang berminat dan terbabit dengan aktiviti alam semula jadi dan pantai seperti snokeling untuk melihat keindahan batu karang, menyusuri pantai dan bersiar-siar di kawasan tropika tentunya bersetuju untuk mengenakan sebarang pakaian, kasut atau selipar dan juga kelengkapan yang berunsurkan kepada mesra alam.
Untuk itu, satu jenama dikenali sebagai Ocean Minded, pereka dan pengilang kasut serta pakaian mesra alam, menyediakan satu koleksi kepada individu yang mementingkan kepada pemuliharaan alam semula jadi.

Sebagai jenama yang khusus memperjuangkan pemuliharaan alam sekitar, terutama pantai di seluruh dunia, setiap pasang kasut Ocean Minded mencerminkan falsafah jenama berkenaan dengan penggunaan bahan boleh kitar semula seperti tayar kereta, botol plastik, kapas organik dan kulit bebas logam.
Jenama berkenaan menggandingkan keselesaan, ketahanan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar tanpa menjejaskan gaya santai fesyennya dengan perincian dan penggunaan bahan seperti Croslite, bahan yang lembut, selesa, ringan dan tidak berbau.

Ocean Minded tampil dengan koleksi terbarunya dengan mengetengahkan sandal terkini dengan gaya seperti 'Seaweed' dan 'Wyah' untuk lelaki, sementara bagi wanita pula adalah Ladies Seaweed, Siren, Meilani, Image Meilani dan Charm Meilani.

Jenama berkenaan yang diasaskan pada 1996 di Amerika Syarikat kini menjadi kegemaran atlit bertaraf dunia, terutama yang terbabit dengan sukan lasak seperti Bethany Hamilton, Chuck Patterson, Greg Long dan Rusty Long. Semua sandal Ocean Minded berkenaan boleh didapati di Gedung Konsep Crocs.

Hiasan baru daripada barang lama


PERHIASAN yang rosak akan hanya dibuang atau dibiarkan begitu saja dan kebiasaannya, kita memilih barangan baru sebagai ganti. Tapi jangan memandang sebelah mata pada setiap perhiasan lama yang sudah rosak kerana ia boleh dijadikan semula barangan perhiasan baru yang lebih kreatif dan menarik.
Penghasilan barangan baru daripada bahan kitar semula ini juga memberikan pulangan yang menguntungkan dan bagi kita semua, ia juga menjadi tempat untuk mengetengahkan daya kreativiti secara menyeluruh. Ini beberapa contoh barang hiasan daripada barang lama:






Kepentingan Kitar Semula

Kitar semula memberi banyak manfaat kepada kita. Antaranya seperti:
 1.Pemuliharaan alam sekitar

2.Memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan

- Bekas tapak pelupusan yang ditutup hanya boleh dibangunkan selepas tempoh masa antara 15 hingga 20 tahun.

3.Mengurangkan penggunaan sumber semula jadi

- Setiap satu tan kertas yang dikitar semula mampu menyelamatkan 17 batang pokok.

4.Mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal

5.Mengurangkan penggunaan tenaga

- Penghasilan tin aluminium menggunakan tin kitar semula mampu mengurangkan 20 peratus tenaga.

6.Menjana ekonomi negara

- Industri kitar semula menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Malaysia.
01 January 2011

Santai Kitar Semula

Setiap hari kita membuang sampah dan sampah ini akan dilupuskan oleh pihak yang berkuasa untuk memastikan kebersihan terus terjaga. Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang oleh orangramai akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Dalam sehari kita menghasilkan lebih daripada 16,000 tan sampah setiap hari.
Kita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan melakukan kitar semula. Sebelum boleh melakukan kitar semula, kita perlu tahu jenis sampah yang boleh dikitar semula. Sampah kitar semula boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu kaca, plastik, kertas dan aluminium. Setelah diasingkan sampah ini boleh di hantar ke pusat kitar semula atau ke pusat pungutan atau dimasukkan ke dalam tong sampah khas kitar semula.

Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna coklat. Manakala semua jenis tin aluminium dan besi seperti tin minuman dan tin makanan juga boleh dikitar semula. Barangan berasaskan kaca ini perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna oren.

Semua kertas yang berwarna dan tidak berwarna seperti suratkhabar, majalah, buku, panduan telefon, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, kotak dan seumpamanya boleh dikitar semula. Tong kitar semula berwarna biru hendaklah digunakan untuk semua jenis kertas. Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna oren.

Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Dari segi jangkamasa panjang kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.

Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.

APA ITU KITAR SEMULA - WIKIPEDIA


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluarangas rumah hi berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.
© 2011 ALL RIGHT RESERVED BY AKU NAPIE FOR GRAPHIC DESIGN AND PRODUCT DESIGN INCLUDED MASCOT. ALL PHOTO AND INFORMATION BELONG TO THIS BLOG BUT SOME OF THE PHOTO AND INFOMARTION WAS USING WITHOUT PERMISSION OF THEIR OWNER BUT WE RESPECT THEM. THANKS YOU FOR VISITING AND GIVE COMMENT.

Klik Tanda Suka :)