Copyright © SUKA KITAR SEMULA
Design by Dzignine

SELAMAT DATANG MOGA BERMANFAAT

Showing posts with label PETIKAN AKHBAR. Show all posts
Showing posts with label PETIKAN AKHBAR. Show all posts
03 April 2011

Keratan Akhbar Sinar Harian

(klik gambar untuk lebih jelas)

PETIKAN AKHBAR SINAR HARIAN 10 OGOS 2010
15 March 2011

Pakaian Paling Banyak Dikitar Semula


WALAUPUN negara kita sering didedahkan dengan kempen kitar semula untuk kesejahteraan alam dan bagi mengurangkan kos pelupusan sisa pepejal, namun ia belum menjadi budaya dan diamalkan segenap lapisan masyarakat. Presiden Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), Datuk Eadon Ching Ten Song berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mementingkan kebersihan alam sekitar, PASS memainkan peranan penting bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan kaitannya dengan alam.
“Kanak-kanak dan orang dewasa tahu maksud kitar semula tapi ramai yang tak bertindak. Mereka lebih suka simpan atau menjualnya di kedai barangan terpakai.
“Ada juga yang mahu derma atau buang barang tapi tidak tahu di mana. Akhirnya mereka membazir dengan membuang barang yang masih boleh diguna di tempat sampah,” katanya yang juga pengasas PASS. Sejak ditubuhkan pada 2003, PASS telah menyediakan sebanyak 250 tong kitar semula di kawasan perumahan sekitar Lembah Klang bagi membolehkan orang ramai menghantar barang untuk diderma dan dikitar semula ke situ.


Pengambilan barangan terpakai dengan lori khas setiap Sabtu dan Ahad di tapak tertentu juga menarik minat orang ramai melibatkan diri dalam usaha menyelamatkan bumi.
Bagi barangan besar seperti perabot, PASS menyediakan khidmat mengutip barangan tersebut dari rumah, pejabat atau syarikat.“Orang ramai mahu lihat sendiri siapa yang ambil barang mereka dan mahu tahu ke mana ia disalurkan. Kita sediakan lori supaya mereka dapat hantar barang terpakai dan mereka puas hati.
“Khidmat pengambilan barangan saiz besar juga mendapat sambutan menggalakkan. Biasanya mereka ini mahu berpindah, menukar perabot baru dan sebagainya,” katanya.
PASS menerima semua jenis barang untuk dikitar semula kerana hampir semua barangan boleh dikitar semula, kecuali pakaian, kayu reput dan beberapa jenis alat mainan.
Jenis barangan yang paling banyak diterima PASS setiap hari adalah pakaian.
“Pakaian tak boleh kitar semula. Tapi jika masih elok, boleh guna semula. Kalau jual pun tak laku, kalau hantar ke rumah anak yatim ada yang tak mahu terima. Jadi, pakaian terpakai kita hantar ke Kemboja dan Laos,” katanya.
Mengakui pengetahuan masyarakat tentang 3R iaitu Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) masih kurang, bagaimanapun terdapat peningkatan dari segi jumlah penderma dan barang yang diterima untuk tujuan kitar semula setiap tahun. Peningkatan ini adalah petanda positif kerana kerajaan dapat mengurangkan 40 hingga 60 peratus kos pengurusan sampah. PASS juga berjaya mengumpul sebanyak RM1.5 juta, hasil jualan amal barangan kitar semula. Eadon juga mendedahkan PBT perlu membayar RM120 hingga RM150 bagi setiap tan barang terpakai kepada kontraktor yang menguruskannya.
“Malaysia kekurangan tanah untuk menampung lambakan sampah. Jika masyarakat masih tiada kesedaran, tapak pelupusan sampah yang luas akan menjejaskan tanah, udara dan seluruh alam sekitar yang menyebabkan bencana alam dan mengganggu kesihatan. “Kita mahu masyarakat tahu kitar semula juga sebahagian daripada kebajikan. Kita semula bermaksud beramal sambil selamatkan bumi,” katanya.
Mereka yang ingin mengitar semula barangan terpakai boleh menghubungi talian 03-90211888.


Petikan berita dari:  http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2010/7/19/mstar_manusia_peristiwa/20100719174127&sec=mstar_manusia_peristiwa
19 January 2011

PETIKAN AKHBAR - BERITA HARIAN

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

RUJUKAN: BERITA HARIAN 3 JANUARI 2011

PETIKAN AKHBAR - NEW STRAITS TIMES

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

RUJUKAN: NEW STRAITS TIMES 17 JANUARI 2011

PETIKAN AKHBAR - THE STAR

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

RUJUKAN: THE STAR 7 JANUARI 2011
17 January 2011

Tuala Wanita Kapas Kitar Semula



Bagi golongan hawa, mereka akan merasa tidak selesa setiap kali 'datang bulan' meskipun ia adalah kelaziman. Malah, ada yang terpaksa membataskan aktiviti seharian mereka berikutan rasa yang tidak selesa kerap mengganggu perjalanan kehidupan mereka seharian. Biarpun terdapat pelbagai produk tuala wanita di pasaran namun ia masih tidak memadai dalam memastikan golongan hawa benar-benar selesa ketika menghadapi saat-saat tersebut. Namun ia tidak lagi menjadi igauan bagi Anja Juliah Abu Bakar apabila beliau berjaya mencipta tuala wanita kain kapas yang boleh di kitar semula serta lebih selesa.

Ciptaan tersebut menjadikan impian wanita untuk melaksanakan apa jua aktiviti harian tanpa rasa terganggu menjadi kenyataan. Menurut Anja Juliah , tuala wanita ciptaan beliau yang diperbuat daripada kapas tersebut adalah tuala wanita yang telah dimodenkan seiring dengan teknologi terkini. "Untuk pengetahuan anda, di negara-negara Eropah, wanita mereka telah lama menggunakan tuala wanita yang boleh di kitar semula. "Ia bukan lagi menjadi suatu pekara yang asing malah produk tersebut kini telah mendapat perhatian yang meluas," ujarnya ketika di temui baru-baru ini.
Jelasnya lagi, tuala wanita tersebut dihasilkan daripada lapisan fabrik kapas 'flannel' yang lembut dengan teras penyerapan yang tinggi. Selain itu, ia juga dijahit secara berlapis-lapis bersama beberapa jenis kain yang mampu menyerap cecair serta bau yang kurang menyenangkan.

Malah salah satu bahan yang turut di gunakan adalah fabrik yang dihasilkan daripada 'bamboo fleece' yang lebih lembut, selesa dan mampu menyerap cecair dengan lebih baik.
Malah, ia juga turut mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan dengan lebih baik berbanding tuala wanita pakai buang. Tuala wanita ciptaan beliau tersebut boleh dibasuh dan dikeringkan setelah digunakan.
Malah ia juga bertindak sebagai alternatif kepada tuala wanita pakai buang dan boleh digunakan untuk suatu tempoh jangka masa yang panjang. Didatangkan dalam pelbagai rekaan, warna dan corak yang menarik, inovasi tersebut berjaya menambat hati pengadil dalam Pertandingan Inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif (MI) 2010 Zon Tengah yang berlangsung pada tahun lalu di Melaka. Ia sekali gus melayakkan Anja Juliah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan tersebut dalam Kategori Wanita dan berjaya membawa pulang hadiahberupa wang tunai sebanyak RM 3,000 serta trofi.
Bagi yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 019-2112593 dan 019-5078327 atau menyetai akaun faceBook beliau di blucotton atau email blucotton@gmail.com.

PETIKAN DARIPADA: UTUSANONLINE
15 January 2011

Skim Galak Kitar Semula - Petikan Akhbar


2010/10/05

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan Skim Pengembalian Deposit (DRS) sebagai insentif untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan alam sekitar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata skim itu mungkin dilaksanakan satu atau dua tahun akan datang, iaitu selepas pelaksanaan sepenuhnya Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, tahun depan.
Beliau berkata, skim itu adalah sebahagian daripada insentif 3R (mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula).
“Buat masa ini kita tidak mewajibkan pelaksanaan skim itu tetapi amat mengalu-alukan penyertaan pihak tertentu dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat mengenai alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kedua Forum Serantau Asia Mengenai 3R di sini, semalam.

Di bawah rancangan DRS, pengguna tidak perlu membayar deposit tetapi sebaliknya hanya memulangkan bekas produk yang digunakan kepada pengusaha atau pengeluar produk itu.

“Sebagai contoh jika pengguna membeli satu barangan botol krim X dan memulangkan semula selepas habis digunakan, mereka akan mendapat sedikit deposit serta boleh mendapatkan krim baru.

“Pihak konsumer tidak perlu membayar wang deposit dan mendapat kembali sedikit jumlah wang untuk botol kosong berkenaan,” katanya.
© 2011 ALL RIGHT RESERVED BY AKU NAPIE FOR GRAPHIC DESIGN AND PRODUCT DESIGN INCLUDED MASCOT. ALL PHOTO AND INFORMATION BELONG TO THIS BLOG BUT SOME OF THE PHOTO AND INFOMARTION WAS USING WITHOUT PERMISSION OF THEIR OWNER BUT WE RESPECT THEM. THANKS YOU FOR VISITING AND GIVE COMMENT.

Klik Tanda Suka :)