Copyright © SUKA KITAR SEMULA
Design by Dzignine

SELAMAT DATANG MOGA BERMANFAAT

Showing posts with label BARANGAN KITAR SEMULA. Show all posts
Showing posts with label BARANGAN KITAR SEMULA. Show all posts
23 August 2012

PENTING KE KITAR SEMULA?


Jika diajukan soalan kepada masyarakat kita pada hari ini tentang apakah itu kitar semula? Pasti ramai yang mampu menjawabnya. Bagi maksud yang lebih tepat, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 

Namun jika ditanya kenapakah pentingnya kitar semula? Kemungkinan pelbagai jawapan yang diterima. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudlah slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse  (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.
Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.

Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat 165 syarikat kitar semula di Malaysia (www.sisa.my). Begitu juga dengan maklumat mengenai pusat pengumpulan bahan kitar semula di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan orang ramai.

 Terima kasih : Syed Mubashir bin Syed Mohammad dari Forum Air Malaysia



13 March 2011

Fesyen Dengan Barangan Kitar Semula


Seringkali kita memikirkan bahawa barangan yang kita gunakan dan buang setiap hari seperti tudung botol air minuman tidak memberi sebarang kebaikan kepada kita sendiri. Tetapi di negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat, barangan seperti ini memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha cenderahati dan perkakasan melibatkan barangan yang dikitar semula. Setiap unit barangan yang dihasilkan semula mengikut kreativiti artis dan pereka itu sendiri. Malah ada diantanya dapat dijual dengan harga puluhan ribu dolar kepada peminat barangan seperti ini. Ini merupakan beberapa contoh yang dihasilkan berdasarkan barangan yang boleh dikitar semula seperti tudung botol minuman. Harap anda mendapat sedikit info dan idea melalui post ini. Thanks :)

(Rantai Unik)

(Bunga Tudung Botol)

(Bunga Tudung Botol)

(Rantai dan Gelang)
04 January 2011

Hiasan baru daripada barang lama


PERHIASAN yang rosak akan hanya dibuang atau dibiarkan begitu saja dan kebiasaannya, kita memilih barangan baru sebagai ganti. Tapi jangan memandang sebelah mata pada setiap perhiasan lama yang sudah rosak kerana ia boleh dijadikan semula barangan perhiasan baru yang lebih kreatif dan menarik.
Penghasilan barangan baru daripada bahan kitar semula ini juga memberikan pulangan yang menguntungkan dan bagi kita semua, ia juga menjadi tempat untuk mengetengahkan daya kreativiti secara menyeluruh. Ini beberapa contoh barang hiasan daripada barang lama:






© 2011 ALL RIGHT RESERVED BY AKU NAPIE FOR GRAPHIC DESIGN AND PRODUCT DESIGN INCLUDED MASCOT. ALL PHOTO AND INFORMATION BELONG TO THIS BLOG BUT SOME OF THE PHOTO AND INFOMARTION WAS USING WITHOUT PERMISSION OF THEIR OWNER BUT WE RESPECT THEM. THANKS YOU FOR VISITING AND GIVE COMMENT.

Klik Tanda Suka :)