Copyright © SUKA KITAR SEMULA
Design by Dzignine

SELAMAT DATANG MOGA BERMANFAAT

24 August 2012

5 Rekabentuk Menarik Daripada Barangan Terbuang

 Pondok telefon - Akuarium


 Tin Kacang Panggang - Lampu


 Tayar Basikal - Jam


 Penyangkut Baju - Penyangkut Tisu


Besi- Peta

Pusat kitar semula bertenaga suria pertama di Malaysia



 BANGI  23, Mar 2011-   UKM melancarkan pusat kitar semula yang pertama di Malaysia menggunakan tenaga  bertenaga suria sepenuhnya lengkap dengan LCD skrin 32 inci dan pemain DVD.

Bangunan tersebut direka bentuk oleh penyelidik UKM  Dr Azimin Samsul Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan kerjasama Alam flora untuk tujuan kitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif  Alam Flora Tuan Haji Mohd Zain bin Haji Hassan menerangkan ciri- ciri unik yang di miliki oleh bangunan tersebut berkata,

揇ibina dalam seni bina mikro bertenaga hijau ini adalah pusat kitar semula pertama di Malaysia yang bertenaga sifar sepenuhnya iaitu menggunakan panel suria photovoltaic (PV).?
Tenaga untuk menyelenggarakan pusat tersebut di perolehi sepenuhnya dari panel suria yang dapat menghasilkan tenaga sebanyak 200 watt . Ini dapat menghidupkan sebuah kipas siling, tiga biji lampu sebuah LCD 32 inci dan pemain DVD.

Kos menghasilkan bangunan tersebut hanya lebih kurang RM 60,000. Ini di anggap jauh lebih murah jika dibanding kan dengan struktur yang mengunakan tenaga suria yang lain. Ini kerana bahan yang digunakan adalah dari sumber kitar semula.

揃angunan ini dibina menggunakan bahan-bahan pembinaan semula jadi dengan kombinasi bahan kitar semula?kata Mohd Zain.

Bangunan itu dibina dengan ciri yang membolehkan ia menyerap cahaya dan udara. Selain dari itu ia juga mempunyai sistem pengumpulan air hujan yang boleh di kitar semula untuk menyejukkan persekitaran dan untuk tujuan lain seperti mencuci dan menyiram pokok

Ciri -ciri bangunan ini sekali gus menjadikan Pusat kitar semula UKM menepati Green Building Index (GBI). GBI adalah ciri yang telah di gariskan untuk pembangunan lestari.

Mohd Zain kemudian memuji UKM kerana peranannya dalam mewujudkan kerjasama dan percaya UKM akan menjadi titik rujuk bagi Universiti lain yang mahu mewujudkan kampus lestari

Sementara itu Prof Dato?Ir Dr Hassan Basri Timbalan Naib Canselor  (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) berkata yang UKM ingin menjadi kampus sisa sifar dalam masa sepuluh tahun.

Dengan tujuan tersebut telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menjadikan aspirasi kampus sisa sifar menjadi realiti.

揗elalui pembentukan Jawatan Kuasa Inisiatif Kampus Sisa sifar, saya yakin UKM akan berjaya memenuhi sasaran 22 peratus kita semula sisa pepejal pada akhir tahun ini,?kata Hassan.

Pusat kitar semula tersebut adalah salah satu daripada inisiatif yang dijalankan untuk menjadi kampus mesra alam Di belakang tabir pula terdapat berbagai-bagai penyelidikan sedang dijalankan untuk mengitar semula sisa buangan menjadi barang yang bermanfaat.

揃eberapa penyelidikan tindakan (action research) antara UKM dan Alam Flora sedang dijalankan seperti penyelidikan, biogas, pengkomposan sisa makanan dan sisa taman and kitar semula kertas,? kata beliau.

Beliau berharap UKM akan menjadi perintis dalam menerokai penyelidikan dalam bidang pengurusan sisa pepejal di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan rantau ini.

Upacara tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Majlis Perbandaran Kajang, Perbadanan Putrajaya, Alam Flora dan UKM.




Berita daripada: 

23 August 2012

Larian Kitar Semula 2012


Pengenalan

Program Larian Jom Kitar Semula ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) sejak tahun 2011.
Pada tahun lepas, acara ini telah berlangsung pada 18 Disember 2011 bertempat di Laman 1
Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Pada tahun ini, Program Larian Jom! Kitar Semula 2012 akan
diadakan di seluruh negeri (kecuali Negeri Perak, Selangor & Pulau Pinang) secara serentak.

Ayuh join sekarang, maklumat lanjut di http://www.ppsppa.gov.my/larian/

PENTING KE KITAR SEMULA?


Jika diajukan soalan kepada masyarakat kita pada hari ini tentang apakah itu kitar semula? Pasti ramai yang mampu menjawabnya. Bagi maksud yang lebih tepat, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 

Namun jika ditanya kenapakah pentingnya kitar semula? Kemungkinan pelbagai jawapan yang diterima. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudlah slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse  (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.
Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.

Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat 165 syarikat kitar semula di Malaysia (www.sisa.my). Begitu juga dengan maklumat mengenai pusat pengumpulan bahan kitar semula di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan orang ramai.

 Terima kasih : Syed Mubashir bin Syed Mohammad dari Forum Air Malaysia



04 April 2011

Terima Kasih Atas Sokongan SAYS.MY


Terima kasih diucapkan pada laman web SAYS.MY atas sokongan kepada kempen suka kitar semula iaitu tesis bagi projek tahun akhir aku. Diatas ialah senarai bilangan pengunjung yang datang ke blog ini dan memberi sokongan yang padu terhadap kempen ini biarpun ianya tidak dijalankan lagi.

Komik Jom Kitar Semula



Ini merupakan rekaan poster berbentuk komik untuk menyokong tesis yang sedang disiapkan bertajuk" rekacorak visual pada baju t mempengaruhi remaja untuk menyertai kempen kitar semula" . Diharap komik ini dapat memberi sedikit info kepada anda semua mengenai kempen kitar semula. Jangan lupa amalkannya dalam kehidupan seharian. Klik 2x pada gambar untuk lebih jelas. Suka Kitar Semula.
03 April 2011

Keratan Akhbar Sinar Harian

(klik gambar untuk lebih jelas)

PETIKAN AKHBAR SINAR HARIAN 10 OGOS 2010

Tahukah Anda - Info Tambahan

Tahukah anda bahawa 11 November adalah Hari Kitar Semula Kebangsaan? Ia merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai peri pentingnya kitar semula dan bagi membuktikan sokongan kerajaan terhadap program ini. Secara fakta dan sejarahnya, Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley dan dirasmikan oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. 


Menurut perangkaan; pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Bagi pihak kerajaan; Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.
 
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

SETIAP HARI KITA MENGHASILKAN 15,000 TAN SAMPAH, TETAPI KITA SEMAKIN KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA.
 
 
 
15 March 2011

Pakaian Paling Banyak Dikitar Semula


WALAUPUN negara kita sering didedahkan dengan kempen kitar semula untuk kesejahteraan alam dan bagi mengurangkan kos pelupusan sisa pepejal, namun ia belum menjadi budaya dan diamalkan segenap lapisan masyarakat. Presiden Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), Datuk Eadon Ching Ten Song berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mementingkan kebersihan alam sekitar, PASS memainkan peranan penting bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan kaitannya dengan alam.
“Kanak-kanak dan orang dewasa tahu maksud kitar semula tapi ramai yang tak bertindak. Mereka lebih suka simpan atau menjualnya di kedai barangan terpakai.
“Ada juga yang mahu derma atau buang barang tapi tidak tahu di mana. Akhirnya mereka membazir dengan membuang barang yang masih boleh diguna di tempat sampah,” katanya yang juga pengasas PASS. Sejak ditubuhkan pada 2003, PASS telah menyediakan sebanyak 250 tong kitar semula di kawasan perumahan sekitar Lembah Klang bagi membolehkan orang ramai menghantar barang untuk diderma dan dikitar semula ke situ.


Pengambilan barangan terpakai dengan lori khas setiap Sabtu dan Ahad di tapak tertentu juga menarik minat orang ramai melibatkan diri dalam usaha menyelamatkan bumi.
Bagi barangan besar seperti perabot, PASS menyediakan khidmat mengutip barangan tersebut dari rumah, pejabat atau syarikat.“Orang ramai mahu lihat sendiri siapa yang ambil barang mereka dan mahu tahu ke mana ia disalurkan. Kita sediakan lori supaya mereka dapat hantar barang terpakai dan mereka puas hati.
“Khidmat pengambilan barangan saiz besar juga mendapat sambutan menggalakkan. Biasanya mereka ini mahu berpindah, menukar perabot baru dan sebagainya,” katanya.
PASS menerima semua jenis barang untuk dikitar semula kerana hampir semua barangan boleh dikitar semula, kecuali pakaian, kayu reput dan beberapa jenis alat mainan.
Jenis barangan yang paling banyak diterima PASS setiap hari adalah pakaian.
“Pakaian tak boleh kitar semula. Tapi jika masih elok, boleh guna semula. Kalau jual pun tak laku, kalau hantar ke rumah anak yatim ada yang tak mahu terima. Jadi, pakaian terpakai kita hantar ke Kemboja dan Laos,” katanya.
Mengakui pengetahuan masyarakat tentang 3R iaitu Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) masih kurang, bagaimanapun terdapat peningkatan dari segi jumlah penderma dan barang yang diterima untuk tujuan kitar semula setiap tahun. Peningkatan ini adalah petanda positif kerana kerajaan dapat mengurangkan 40 hingga 60 peratus kos pengurusan sampah. PASS juga berjaya mengumpul sebanyak RM1.5 juta, hasil jualan amal barangan kitar semula. Eadon juga mendedahkan PBT perlu membayar RM120 hingga RM150 bagi setiap tan barang terpakai kepada kontraktor yang menguruskannya.
“Malaysia kekurangan tanah untuk menampung lambakan sampah. Jika masyarakat masih tiada kesedaran, tapak pelupusan sampah yang luas akan menjejaskan tanah, udara dan seluruh alam sekitar yang menyebabkan bencana alam dan mengganggu kesihatan. “Kita mahu masyarakat tahu kitar semula juga sebahagian daripada kebajikan. Kita semula bermaksud beramal sambil selamatkan bumi,” katanya.
Mereka yang ingin mengitar semula barangan terpakai boleh menghubungi talian 03-90211888.


Petikan berita dari:  http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2010/7/19/mstar_manusia_peristiwa/20100719174127&sec=mstar_manusia_peristiwa
13 March 2011

Fesyen Dengan Barangan Kitar Semula


Seringkali kita memikirkan bahawa barangan yang kita gunakan dan buang setiap hari seperti tudung botol air minuman tidak memberi sebarang kebaikan kepada kita sendiri. Tetapi di negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat, barangan seperti ini memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha cenderahati dan perkakasan melibatkan barangan yang dikitar semula. Setiap unit barangan yang dihasilkan semula mengikut kreativiti artis dan pereka itu sendiri. Malah ada diantanya dapat dijual dengan harga puluhan ribu dolar kepada peminat barangan seperti ini. Ini merupakan beberapa contoh yang dihasilkan berdasarkan barangan yang boleh dikitar semula seperti tudung botol minuman. Harap anda mendapat sedikit info dan idea melalui post ini. Thanks :)

(Rantai Unik)

(Bunga Tudung Botol)

(Bunga Tudung Botol)

(Rantai dan Gelang)
25 February 2011

Sokong Suka Kitar Semula Di SAYS.my


Ayuh sokong kempen suka kitar semula dan dapat point percuma dengan SAYS.my. Apa itu SAYS.my? Ia merupakan komuniti remaja yang menawarkan ganjaran kepada ahli yang mempromosikan sesuatu kempen dan iklan oleh pihak ketiga. Dengan SAYS.my juga kita boleh berkongsi pendapat, pandangan dan sebagainya. 

Jadi tunggu apa lagi, jom sokong di: http://says.my/napie87/kitarsemula
13 February 2011

Peranan Anda

 PENGURANGAN

Fikir Dulu Sebelum Buang

Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.

Cadangan:
  • Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
  • Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
  • Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
  • Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
  • Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
  • Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
  • Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik. 

PENGGUNAAN SEMULA

Antara barang yang boleh digunakan semula :
  • Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.
  • Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.
  • Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
  • Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
  • Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk menggunakan semula
  • Gunakan cawan kopi yang tahan lama.
  • Gunakan kain lampin atau tuala.
  • Isian semula botol.
  • Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
  • Guna semula kotak.
  • Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
  • Membeli pen dan pensil isian semula.

KITAR SEMULA

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.

Kitar semula mengikut jenis barang

Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.
Beli produk yang boleh dikitar semula Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.
Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.
Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.
Tong kitar semula dan pusat pengumpulan Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

Syarikat Yang Terlibat

TEKNOLOGI/PERALATAN
bullet Zon Utara:Perak
bullet
Zon Tengah:Kuala Lumpur
bullet
Zon Tengah:Selangor
bullet
Zon Tengah:Pahang
bullet
Zon Selatan:Johor
bullet
Zon Selatan:Melaka
bullet
Zon Malaysia Timur:Sabah

PRODUK
bullet
Zon Utara:Perak
bullet
Zon Utara:Kedah
bullet
Zon Tengah:Kuala Lumpur
bullet
Zon Tengah:Selangor
bullet
Zon Tengah:Pahang
Zon Selatan:Negeri Sembilan
Zon Selatan:Johor
© 2011 ALL RIGHT RESERVED BY AKU NAPIE FOR GRAPHIC DESIGN AND PRODUCT DESIGN INCLUDED MASCOT. ALL PHOTO AND INFORMATION BELONG TO THIS BLOG BUT SOME OF THE PHOTO AND INFOMARTION WAS USING WITHOUT PERMISSION OF THEIR OWNER BUT WE RESPECT THEM. THANKS YOU FOR VISITING AND GIVE COMMENT.

Klik Tanda Suka :)