Copyright © SUKA KITAR SEMULA
Design by Dzignine

SELAMAT DATANG MOGA BERMANFAAT

13 February 2011

Peranan Anda

 PENGURANGAN

Fikir Dulu Sebelum Buang

Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.

Cadangan:
  • Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
  • Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
  • Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
  • Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
  • Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
  • Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
  • Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik. 

PENGGUNAAN SEMULA

Antara barang yang boleh digunakan semula :
  • Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.
  • Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.
  • Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
  • Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
  • Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk menggunakan semula
  • Gunakan cawan kopi yang tahan lama.
  • Gunakan kain lampin atau tuala.
  • Isian semula botol.
  • Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
  • Guna semula kotak.
  • Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
  • Membeli pen dan pensil isian semula.

KITAR SEMULA

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.

Kitar semula mengikut jenis barang

Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.
Beli produk yang boleh dikitar semula Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.
Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.
Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.
Tong kitar semula dan pusat pengumpulan Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

0 Komen Anda:

© 2011 ALL RIGHT RESERVED BY AKU NAPIE FOR GRAPHIC DESIGN AND PRODUCT DESIGN INCLUDED MASCOT. ALL PHOTO AND INFORMATION BELONG TO THIS BLOG BUT SOME OF THE PHOTO AND INFOMARTION WAS USING WITHOUT PERMISSION OF THEIR OWNER BUT WE RESPECT THEM. THANKS YOU FOR VISITING AND GIVE COMMENT.

Klik Tanda Suka :)