Copyright © SUKA KITAR SEMULA
Design by Dzignine

SELAMAT DATANG MOGA BERMANFAAT

09 February 2011

T.R.E.E. PROGRAM






CRC adalah kepanjangan dari Community.Recycle.Charity. Kami adalah salah satu pertubuhan tanpa keuntungan yang didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. CRC di tubuhkan pada tahun 2008 dengan harapan dapat membantu masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama sekaligus dapat membuka peluang pada masyarakat setempat untuk membantu. CRC memainkan peranan penting bagi menggalakkan amalan kitar semula dan mendidik masyarakat agar peka terhadap alam sekitar.

T.R.E.E. program akan dilancarkan oleh Community Recycle for Charity untuk mengembalikan keindahan alam sekitar yang akan kita warisi pada lebih kurang 10,000 generasi akan datang melalui penjagaan alam sekitar dan amalan kitar semula. Program ini lebih menumpukan kepada sekolah-sekolah, kolej serta universiti untuk menggalak dan menekankan kepada pelajar, tenaga kerja dan penghuni agar mempraktiskan pemuliharaan alam sekitar dan amalan kitar semula dengan cara menyimpan buku-buku dan kertas terpakai untuk di kitar semula.

T.R.E.E. program berharap dapat mendidik masyarakat tentang betapa pentingnya amalan kitar semula demi menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar. T.R.E.E. Program juga berharap dapat menerapkan kepada pelajar bagaimana amalan itu dapat menjamin kehijauan agar terus terjaga. T.R.E.E. Adalah singkatan bagi :

1.T = time
2.R = recycling
3.E = environment
4.E = education


Time adalah bagaimana kita dapat memberi masa untuk itu. Kitar semula tidak akan menjadi satu isu mudah yang dapat kita bincangkan di dalam kelas mahupun bilik mesyuarat lagi, tapi kini adalah masa untuk kita mula mengamalkannya dalam aktiviti seharian kita.

Recycling. Bila kita terfikir tentang kitar semula, perkara pertama yang muncul dalam benak kita adalah keuntungan yang dapat kita perolehi dengan amalan itu dan betapa pentingnya amalan kitar semula bagi alam sekitar. Amalan kitar semula dapat membantu kita menjaga alam sekitar, menjimatkan tempat, wang dan tenaga.
Environment. Apabila kita peka terhadap alam sekitar, itu bermakna kita juga peka terhadap masyarakat. Banyak orang merasakan mereka tidak dapat memberi impak terhadap pemulihan alam sekitar disebabkan oleh perasaan rendah diri yang mereka miliki. Sesetengah isu seperti kepanasan global, pencemaran sungai, kemusnahan hutan, kepupusan, tumpahan kimia, pencemaran udara, lapisan ozen, dan pengurangan tempat pelupusan sampah bagi mereka itu adalah di luar bidang kuasa mereka, padahal tahukah anda bahawa kitalah pemegang peranan yang paling penting untuk mengekang isu-isu tersebut dengan cara menjaga alam sekitar dengan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Education. Pusat pembelajaran (sekolah, kolej, universiti dan lain-lain...) membantu mengasah dan menghasilkan pewaris pemimpin negara yang akan berkhidmat untuk masyarakat, negara dan bangsa. Oleh itu agensi terbabit memainkan peranan peranan penting bagi memastikan amalan kitar semula terus di amalkan di dalam diri seorang individu tersebut. Adalah amat penting agensi pendidikan menggalakkan amalan kitar semula di dalam kurikulum mereka dan membantu para pelajar mempraktiskannya dalam kehidupan harian.

Community Recycle for Charity menyokong dan mempromosi “pemuliharaan alam sekitar melalui kitar semula” seperti “kitar semula untuk amal”. CRC ingin memberi ihsan dan bantuan terhadap agensi pendidikan dengan memberi perkhidmatan yang diperlukan. Bantu kami untuk membentuk dan menghasilkan masyarakat yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Bantu CRC untuk membantu anda mempromosi kebersihan, kehijauan dan agensi pendidikan yang bertanggung jawab. Kami berharap dapat menerima jawaban dan khabar baik dari anda.

CRC ingin meletakkan tong kitar semula di dalam kawasan anda yang akan lebih memudahkan para penghuni, pelajar dan tenaga kerja mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan harian.

1. Sokong Community Recycle for Charity dengan membenarkan CRC (Ren Ren) meletakkan tong kitar semula CRC (Ren Ren) di dalam kawasan anda. Tong kitar semula CRC berukuran 4' lebar dan 6' tinggi.

Dengan membenarkan CRC (Ren Ren) meletakkan tong kitar semula di dalam kawasan sekolah, kolej ataupun universiti anda, dengan mudah anda dapat mempraktikkan amalan kitar semula tersebut dalam kehidupan seharian dan sekaligus dapat memelihara alam sekitar

Tong kitar semula tersebut kami sediakan secara percuma bagi anda dan ianya adalah hak milik penuh Community Recycle For Charity. CRC (Ren Ren) akan melakukan kutipan mengikut jadual demi mengelakkan sebarang kekotoran dan sepahan barangan di sekitar tong kitar semula yang akhirnya mengganggu pemandangan kawasan anda.


Sekian Terima Kasih

Pejabat Urusan
47-1, Jalan 5/2, Taman Sg. Besi Indah
43300 Balakong, Selangor
Tel : 03 – 8941 5959 Fax : 03 – 8941 1959
Email : community@crcbox.com.my
Website : www.crcbox.org
: www.crcbox.com.my

Buku Kraf Kitar Semula



Harga: RM 7.90 / RM 9.90
ISBN-13: 978-967-369-007-7
Tarikh Terbit: 22 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 48
Kategori: Hobi & Kraf
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

EMILA YUSOF, pelukis/ilustrator bebas semenjak 2007, sebelum menjinakkan diri ke bidang buku kanak-kanak. Lahir pada 21 Oktober 1969, Emila sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik di MetroVision News pada tahun 1995 dan kemudian BERNAS pada tahun 1999 sehingga 2007. Karya pertama beliau,‘My Mother’s Garden’, diterbitkan oleh OneRedPress Flower pada Mac 2010. Karya-karya seterusnya juga diterbitkan dalam bulan Mac 2010 oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, adalah karya secara bersiri iaitu Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Kraf Kitar Semula, Origami, Kartun Haiwan, Kraf Alam dan Kad Ucapan.
Hasil kerja beliau boleh dilihat didalam Diari Dear Yayah dan Hai Suria, juga buku-buku sastera terbitan Wirabukit, diantaranya Rumah Rahsia, Yang Berat Sama Dipikul, Bendera Di Atas Bukit dan lain-lain. 

Ulasan oleh pembaca:
Buku ini sangat mengujakan saya dan anak-anak. Kraf yang diajarkan langkah demi langkah sangat mudah diikuti. Antara kraf yang paling digemari oleh anak-anak saya adalah gelang dari gulung tisu, kumbang dari penutup botol plastik dan bekas bunga dari botol minuman.
Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jelas pula penerangan yang diberikan. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan kitar semula yang boleh didapati di sekitar rumah.
Kulit buku ini memang cantik dan kami sekeluarga sangat suka lukisan kartun kak Emila.
Lathifah Ulfa binti Ismail • 07 Oct 2010

© 2011 ALL RIGHT RESERVED BY AKU NAPIE FOR GRAPHIC DESIGN AND PRODUCT DESIGN INCLUDED MASCOT. ALL PHOTO AND INFORMATION BELONG TO THIS BLOG BUT SOME OF THE PHOTO AND INFOMARTION WAS USING WITHOUT PERMISSION OF THEIR OWNER BUT WE RESPECT THEM. THANKS YOU FOR VISITING AND GIVE COMMENT.

Klik Tanda Suka :)