BANGI 23, Mar 2011- UKM melancarkan pusat kitar semula yang pertama di Malaysia menggunakan tenaga bertenaga suria sepenuhnya lengkap dengan LCD skrin 32 inci dan pemain DVD.
Bangunan tersebut direka bentuk oleh penyelidik UKM Dr Azimin Samsul Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan kerjasama Alam flora untuk tujuan kitar semula.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Tuan Haji Mohd Zain bin Haji Hassan menerangkan ciri- ciri unik yang di miliki oleh bangunan tersebut berkata,
揇ibina dalam seni bina mikro bertenaga hijau ini adalah pusat kitar semula pertama di Malaysia yang bertenaga sifar sepenuhnya iaitu menggunakan panel suria photovoltaic (PV).?
Tenaga untuk menyelenggarakan pusat tersebut di perolehi sepenuhnya dari panel suria yang dapat menghasilkan tenaga sebanyak 200 watt . Ini dapat menghidupkan sebuah kipas siling, tiga biji lampu sebuah LCD 32 inci dan pemain DVD.
Kos menghasilkan bangunan tersebut hanya lebih kurang RM 60,000. Ini di anggap jauh lebih murah jika dibanding kan dengan struktur yang mengunakan tenaga suria yang lain. Ini kerana bahan yang digunakan adalah dari sumber kitar semula.
揃angunan ini dibina menggunakan bahan-bahan pembinaan semula jadi dengan kombinasi bahan kitar semula?kata Mohd Zain.
Bangunan itu dibina dengan ciri yang membolehkan ia menyerap cahaya dan udara. Selain dari itu ia juga mempunyai sistem pengumpulan air hujan yang boleh di kitar semula untuk menyejukkan persekitaran dan untuk tujuan lain seperti mencuci dan menyiram pokok
Ciri -ciri bangunan ini sekali gus menjadikan Pusat kitar semula UKM menepati Green Building Index (GBI). GBI adalah ciri yang telah di gariskan untuk pembangunan lestari.
Mohd Zain kemudian memuji UKM kerana peranannya dalam mewujudkan kerjasama dan percaya UKM akan menjadi titik rujuk bagi Universiti lain yang mahu mewujudkan kampus lestari
Sementara itu Prof Dato?Ir Dr Hassan Basri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) berkata yang UKM ingin menjadi kampus sisa sifar dalam masa sepuluh tahun.
Dengan tujuan tersebut telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menjadikan aspirasi kampus sisa sifar menjadi realiti.
揗elalui pembentukan Jawatan Kuasa Inisiatif Kampus Sisa sifar, saya yakin UKM akan berjaya memenuhi sasaran 22 peratus kita semula sisa pepejal pada akhir tahun ini,?kata Hassan.
Pusat kitar semula tersebut adalah salah satu daripada inisiatif yang dijalankan untuk menjadi kampus mesra alam Di belakang tabir pula terdapat berbagai-bagai penyelidikan sedang dijalankan untuk mengitar semula sisa buangan menjadi barang yang bermanfaat.
揃eberapa penyelidikan tindakan (action research) antara UKM dan Alam Flora sedang dijalankan seperti penyelidikan, biogas, pengkomposan sisa makanan dan sisa taman and kitar semula kertas,? kata beliau.
Beliau berharap UKM akan menjadi perintis dalam menerokai penyelidikan dalam bidang pengurusan sisa pepejal di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan rantau ini.
Upacara tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Majlis Perbandaran Kajang, Perbadanan Putrajaya, Alam Flora dan UKM.
Berita daripada: